YOU & ME

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 24, 2010

MAWAR MERAH


Gambar di atas dipanggil Red Rose Nebula atau Cats EYe Nebula ini adalah satu rekod yag berbentuk visual bagi evolusi bintang. Pakar-pakar astonomi menganggarkan bahawa letupan bintang ini berlaku lebih daripada 1000 tahun yang lalu dan jaraknya dari bumi ialah sejauh 3000 tahun cahaya. Oleh sebab jaraknya yang terlalu jauh dari bumi, hanya pada tahun 1994, cahaya letupan yang berlaku itu dapat dicerap oleh teleskop Hubble walaupun letupan bintang itu dianggarkan berlaku 1000 tahun yang lalu 




Ayat yang di atas membicarakan soal astronomi yakni aktiviti bintang-bintang yang berlaku di angkasa lepas yang jauhnya berjuta-juta kilometer dari bumi. Ayat ini diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad saw lebih dari 1400 tahun yang lalu yang pada zamannya manusia tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang angkasa lepas. Apabila ayat ini dibacakan oleh Rasulullah kepada para sahabat, mereka terus mempercayai dan meyakininya lantaran keimanan yang jitu walaupun mereka tidak dapat melihat dengan mata mereka apa yang dimaksudkan melalui ayat di atas.





Dari segi astronomi, nebula ini adalah bahan awal yang mungkin menjadi kepada permulaan lepada sesuatu bintang muda yang baru lahir ataupun saki-baki bintang yang sudah tua, sudah meletup dan hamper pupus. Dukhan ini juga merupakan supernova, iaitu letupan besar yang menamatkan usia sesuatu bintang. Ada tiga jenis nebula,  nebula emisi (emission nebula) yang mengeluarkan cahayanya sendiri. Nebula pantulan (reflection nebula) yang membalikkan cahaya dari bintang yang berdekatan dengannya dan nebula gelap (dark nebula) yang kelihatan gelap dengan latar belakang yang cerah. Nebula Ketam adalah antara satu nebula emisi yang cerah kerana mengeluarkan cahayanya sendiri.

ILMU FALAK SEBAGAI PEMANGKIN AKIDAH
Seseorang ahli falak ( yang menjadikan alam sebagai subjek ), dengan niat yang ikhlas dan renungan yang mendalam, akan membawa pengkaji itu mengenali keagungan Allah swt. Ahli-ahli sains juga melihat keadaan alam yang harmonis ini sebagai satu paparan sifat khaliq Allah swt. Pada peringkat awal tamadun manusia, mereka percaya terdapat tujuh objek langit yang menguasai langit, iaitu Bulan, Utarid, Zuhrah, Matahari, Marikh, Musytari dan Zuhal. Kepercayaan ini mendorong sebahagian orang-orang Islam mengaitkan keterangan ini dengan kenyataan dalam Al-Quran mengenai tujuh lapis langit. Menurut teori pengembangan alam ( the expanding universe ), keseluruhan objek angkasa dalam keadaan bergerak dan berkembang

PERTAMA

           Begitu juga apabila pergerakan harmonis alam, diuji dengan sesuatu bencana alam, misalnya kejadian perlanggaran komet dengan planet atau kegagalan ahli-ahli falak memahami sesuatu fenomena alam. Pada peringkat ini manusia akan merasai betapa kerdilnya mereka, lantas menjadikan mereka rendah hati (tawadduq) dan merasakan kekurangan (fakir). Perasaaan ini akan dapat menggilap hati manusia dan memantapkan tauhid kepada Allah swt.



KEDUA

         Daripada tafsiran As-Syahid Sayyid Qutb tadi mengenai ayat yang telah dinyatakan pada awal tadi jelaslah bahawa sikap atau respon yang ditunjukkan oleh langit dan bumi yang merupakan makhluk Allah s.w.t yang terbesar tetap tunduk dan patuk kepada segala arahan Allah s.w.t.Jika mereka tidak berbuat demikian,maka akan berlakulah perlanggaran sesama mereka terhadap sistem alam ini sebagaimana yang telah ditentukan Allah s.w.t. Namun pada hari ini,kita dapat melihat makhluk yang bernama manusia yang tersangat kecil jika dibandingkan dengan alam ini ada dari kalangan mereka tidak akur dan patuh kepada segala arahan Allah.Mereka bertindak mengikut hawa nafsu tanpa memikirkan dosa dan pahala.Alangkah teruknya manusia itu kerana menzalimi diri mereka sendiri. Oleh itu, perlu bagi kita untuk taat kepada perintah Allah dalam melaksanakan tugas seharian sebagai hamba Allah ynag kerdil.



KETIGA

        Kemudian tujuan penting kajian ilmu falak adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah swt dengan melaksanakan tugas manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi. Ilmu falak digunakan sebagai wasilah untuk mencapai keperluan ibadat. Aplikasi ilmu falak yang ketara dalam kehidupan seharian ialah sistem takwim. Kajian mengenai takwim mengandungi skop luas, meliputi kajian tentang pergerakan fizikal cakerawala, pengukuran waktu, astronomi kedudukan ( positional astronomy ) dan instrument. Dengan itu, pemantapan akidah melalui aspek ibadat dapat diperkukuhkan dengan perlaksanaan solat dan sebagainya.

KEEMPAT

 Bagi Umat Islam, apa yang penting adalah apabila ayat-ayat yang berkaitan dengan kosmologi yang diturunkan tidak ada sesiapa pun yang mengetahui semasa bintang-bintang melalui proses kehancuran ia akan terbelah dua dan bahagian luarnya bertukar menjadi gas nebula dan nebula ini pula boleh menjelma dalam bentuk bunga ros yang bersinar. Fenomena ini hanya difahami dan dikesan baru-baru ini dan fenomena ini diceritakan didalam Al-Quran. Inilah aspek yang paling penting mengagumkan bagi umat Islam bagi aspek akidah. Di mana ia menguatkan lagi keyakinan Al-Quran ini sebenarnya kalam Allah.



 Namun begitu, pada pandangan SAYA, setiap permulaan penciptaan mepunyai pandangan tersendiri termasuk dalam kalangan ulama’ mahupun ahli astronomi dan ahli falsafah. Perkara ini boleh dikupaskan lagi dalam tajuk permulaan penciptaan secara ex nihilo atau secara ex material. Di mana, penerangan serta kajian yang dilakukan oleh golongan tertentu menghasilkan teori dan hujah yang bernas untuk kita jadikan sebagai maklumat. 

No comments:

Post a Comment