YOU & ME

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 24, 2010

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syara

Keputusan Mesyuarat Panel Kajian Syariah (PKS)

  Kali ke- 65, 15- 17 Mac 2009, Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan 
telah bersetuju mengambil keputusan seperti berikut;

“Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa pemakaian inai bercorak mengikut syara’ bagi perempuan yang sudah bersuami adalah harus, dan bagi perempuan yang tidak bersuami juga adalah diharuskan sekiranya tidak menimbulkan fitnah dan diikuti syarat- syarat berikut;

i.             Kadar pemakaian di tangan hanyalah sehingga di pergelangan tangan dan bagi kaki sehingga ke buku lali;

ii.           Corak yang dibuat tidak melambangkan corak yang bertentangan dengan syara’ dan tidak melebihi kadar yang dibenarkan syara’.

“Mesyuarat juga bersetuju memutuskan bahawa pemakaian inai bagi lelaki adalah haram berdasarkan hujah dan dalil yang telah dikemukakan kecuali bagi tujuan perubatan.”

Mesyuarat memutuskan Jakim menyediakan garis panduan berkaitan pemakaian inai ini mengikut syara’. 

No comments:

Post a Comment