YOU & ME

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 14, 2012

Lelaki Dulu & Sekarang

Mood Nak Menaip Stat :
LELAKI -----dulu & sekarang-----


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan
ummah,
Al-Faruq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan
kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.
Srikandi,Damsyik,Syria...


* Dipetik dari novel ‘Syabab Musafir Kasih’ Karya Fatimah Syarha Mohd. Noordin
* Sgt menyentuh perasaan ketike mbace puisi ni.. sungguh mengetuk pintu hati utk mlahirkan mujahid pejuang generasi Islam~
-->Baca SelanjutNya...

Sunday, June 17, 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah

Mood Nak Menaip Stat :


BELAJAR

aku belajar dari kesilapan masa lalu ku...
silap ku kerana terlalu mencintai dirinya...

lalu..

aku belajar untuk tidak terlalu mengharap..
aku belajar untuk tidak terlalu memberi..
aku berlajar untuk tidak terlalu menerima..
aku berlajar untuk tidak terlalu mempercayai..

dan kini..

aku terus belajar
aku belajar untuk terima kekurangan nya..
aku belajar untuk terima dia seadanya..
aku belajar untuk memahami dirinya..
aku belajar untuk setia padanya..

tapi...

satu perkara yg harus aku belajar...
wajib untuk aku mempercayai nya..

"Jodoh Itu Rahsia Allah"

lalu aku mengingatkan diri dan si dia bahawa..


"Jika Allah tidak menulis jodoh awk dgn saya, buat la mcm mana pn

jodoh awk tetap bkn dgn saya"

Jadi disini, kite kepilkan doa untuk Muslimat khususnya doa untuk mendapat jodoh yang baik. Sama-sama kita amalkan :)


 Sincerely,
-think of you-
-->Baca SelanjutNya...

Saturday, June 16, 2012

~ Cahaya Kesempurnaan ~

Mood Nak Menaip Stat : 9..04 - Saturday -16 June 2012

Assalammualaikum Semua,

Rini kenapa ntah, takde angin takde ribut,, hati ni bagai ditarik2x untuk menaip pada waktu malam gini.. Erm, seharian berpuasa untuk bulan Rejab, dan esok nye pulak 27 Rejab ! so kene kumpul pahala banyak2x nih !!

Em, sbnrnye.. tak tahu nk luahkan dimana.. cume kat sini jek rase leh luah kan ..
Hari ni tanggal 16 June 2012, Seorg sahabat kiter nikah (-_-)


Kebetulan hati ni rase rindu sangat.. kehadirannya seperti pelangi yang datang sekejap sahaja, tapi memberi seribu satu senyuman yang sudah lama terpadam. Alangkah indahnya waktu itu, waktu bersama yang hanya seketika tapi ia sungguh bermakna..

Ya Rabb, Terasa dosa pula bila asyik memikirkannya.. terbayang-bayang keadaan dia, apa dia buat, sudah selamat ke belum, ingat tidak kite di sini.. Tapi entahala.. semua itu permainan syaitan yang hanya membuatkan kite terasa jauh dr Allah SWT.. Puas dipujuk hati ini supaya lupakannya, Malangnya, ia tetap ligat memikirkan keadaannya.

Sesungguhnya jujur kite kata,, detik bersamanya seperti satu nafas sahaja, pantas betul masa berjalan. Walaupun cepat tapi ia meninggalkan kesan yang  mendalam.. Alahai hati ini. Payah nk menduga apa yang akan berlaku.. Hanya kepada-Nya kite berserah ~

Apepon di sini kite nk ucapkan terima kasih kerana meluangkan masa yang sememangnya memberikan senyuman yang panjang smpai ke telinge Hehehe ;p
Tapi sungguh, kite tidak menyesal dengan apa yang berlaku malah rasa bersyukur dapat dipertemukan walaupun dalam keadaan yang tidak dijangka.. Terima kasih !

"Sorry for everything...
Thanks for the smile that you give to me,
Thanks for the laugh that you share with me,
Thanks for the moment you there with me"

Sincerely,
-think of you-
~ Selamat Menjalani Kehidupan Baru Sebagai Suami Isteri ~
Moga Berbahagia Hingga Ke Syurga...


-->Baca SelanjutNya...